Sunday, January 10, 2010

ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran



Ini URL Jurnal saya

http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

SINOPSIS

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ini kerana teknologi sebenarnya muncul daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk yang lebih canggih terutamannya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Antara pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer, dan internet. Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia melalui aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.

http://eprints.utm.my/2276/1/Wahyu.pdf

13 comments:

  1. Assalamualaikum......
    Tidak dinafikan bahhawa kaedah pembelajaran yang diutarakan itu memberi banyak kesan positif kepada pelajar. Pun begitu guru tidak boleh memberi ruang kepada pelajar seluas-luasnya kerana mereka mempunyai tahap penilaian yang rendah dalam memilih kebaikan dan keburukan sesuatu topik.Kekadang murid memilih topik yang mereka suka tanpa menyedari bahawa topik itu tidak sesuai untuknya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Saya bersetuju dengan pendapat artikel ini, dimana pembelajaran IT sangat penting untuk diaplikasikan di dalam proses P&P, tetapi kita perlu tahu penggunaan IT ini tidak perlu diaplikasikan dalam semua topik, kita sebagai guru seharusnya tahu menyesuaikan topik yang memerlukan penggunaan IT dan topik yang tak memerlukan penggunaan IT. kesesuaian penggunan IT dalam pemilihan topik ini akan memberi kesan yang positif dalam proses P&P kita.

    ReplyDelete
  3. Saya berpandangan bahawa kertas ini adalah satu tulisan yang baik khususnya untuk memberikan galakan tambahan supaya penggunaan IT dikalangan guru-guru matapelajaran Agama Islam dapat dilakukan dengan lebih baik dan meluas.
    Sememangnya guru-guru perlu kepada motivasi yang kuat serta galakan untuk mencuba perkara baru dan amat bermanfaat ini. Mereka mesti berani mencuba dan menerokai teknik moden dan sesuai dengan keadaan semasa, sesuai dengan alam pemikiran pelajar zaman sekarang.
    Tidak lagi hanya berbekakan cara dan kaedah lampau, yang walaupun diakui ada yang berjaya dengannya dan baik, bahkan dengan mempunyai ilmu-ilmu berkaitan cara moden ini akan lebih banyak membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, segar dan berubah-ubah.
    Seperti kata sesetengah cerdik pandai, jika kita melakukan kerja dan cara yang sama sepanjang masa, kita hanya akan mengulangi pencapaian yang sama juga. Tidak ada kemajuan. Sedangkan zaman dan masa semakin pantas bergerak dan sentiasa meninggalkan manusia yang ragu-ragu untuk menggunakannya.
    Tenaga pengajar pendidikan Islam terutamanya perlu memahirkan diri dengan ilmu semasa sebegini untuk membuktikan bahawa sememangnya ajaran Islam yang suci tidak pernah meminggirkan kemajuan dan perubahan asalkan ianya dapat disesuaikan dengan kehendak Pencipta yang Esa.

    ReplyDelete
  4. Salam....
    Penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik dan sesuai dari segi hambatan masa untuk memberi nota secara tradisional kepada pelajar. Kelemahannya, adakah semua guru dan pelajar mampu menggunakan segala item-item yang berkaitan dengan IT. Penggunaan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak kira untuk subjek apa sekalipun ada kebaikan dan keburukkannya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt...Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sahabatku...

    Sebagaimana yang dibincangkan, terdapat pelbagai faktor di dalam menentukan kejayaan pembelajaran secara e-learning. Selain daripada faktor kemudahan dan keupayaan perkakasan dan perisian, murid dan guru sendiri adalah merupakan faktor yang sangat penting. Pada masa sekarang boleh dikatakan para pelajar lebih menguasai komputer berbanding sesetengah guru-guru sendiri. Ini disebabkan sebahagian besar pelajar lebih terdedah kepada aplikasi internet berbanding guru-guru sendiri dengan menghabiskan banyak masa di kafe-kafe siber atau talian internet di rumah masing-masing. Namun demikian, pelajar-pelajar lebih terdedah kepda unsur-unsur yang kurang berfaedah seperti permainan secara on-line, chating dan lain-lain unsur yang lebih berbentuk hiburan. Justeru, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dari segi mendedahkan pelajar kepada web-site yang lebih berunsurkan pembelajaran. Untuk itu, guru-guru perlulah menguasai teknologi ICT secara lebih mendalam.

    ReplyDelete
  7. Kewujudan teknologi yang canggih khususnya penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran dengan cara yg lebih efektif.

    Saya brpendapat bahawa ia dapat menarik minat seseorg pelajar semasa proses pembelajaran melalui aplikasi-aplikasi yang dibentuk melalui teknologi canggih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Saya bersetuju dengan artikel ini, di mana pembelajaran IT boleh memberi manfaat yang amat berkesan kepada guru mata pelajaran PI dalam meningkatkan mutu pengajarannya.
    Selain itu,ia juga mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran PI.Ini kerana pelajar dapat berdikari kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri.
    Guru PI tidak semestinya menggunakan sepenuhnya pembelajaran IT dalam semua topik tetapi hanya untuk sesetengah topik sahaja. Itu pun untuk topik yang dirasakan perlu sahaja. Ini untuk mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama.Oleh itu,guru perlu mendalami kemahiran IT untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete
  9. Berdasarkan jurnal yang ditulis, saya bersetuju dengan saranan penulis bahawa IT perlu dimanfaatkan dan digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Seprti kata penulis, kita perlu menggunakan IT untuk kebaikan. Jika dulu kita agak memilih cara yang konsevatif untuk mengajar subjek ini, kita agak ketinggalan dalam penggunaan IT berbanding subjek sains,bahasa Inggeris atau matematik. Nmaun sebenarnya, jika kita menggunakan IT untuk mengajar pendidikan Islam mungkin pelajar dalam menghayati dengan lebih mendalam. Bukan sahaja untuk maju dalam peperiksaan, tetapi juga untuk pengamalan dalam kehidupan harian dalam menunaikan kewajipan. IT adalah satu alat untuk guru pendidikan Islam membentuk serta melahirkan pelajar yang menghayati agama.

    ReplyDelete
  10. komen yg bernas2 belaka. selamat bercuti

    ReplyDelete
  11. salam,
    penggunaan ICT dlm bidang pendidikan merupakan satu kaedah yang amat baik bagi meningkatkan profesion keguruan dan pendidikan di Malaysia.

    ReplyDelete
  12. salam, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan sangat bagus karena dapat memajukan pengetahuan para murid.

    ReplyDelete