Thursday, June 30, 2011



Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan yang sangat dicintai, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku sayang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....
Nor amat menyayangimu SAYANG.......


Selamat Hari Lahir Sayang...
Terimalah hadiah yang x seberapa ini...

Isterimu
Get More Islamic Testi Here!

Ya ALLah....

Tuesday, May 10, 2011

****selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang....
& seluruh para ibu di seluruh dunia ini***

Terima Kasih atas segalanya pengorbananmu.

Saturday, April 23, 2011

bacaan al-quran